Menu

ARTIKEL PILIHAN: GENG AYIE SELUDUP PATI GUNA JALAN LAUT TUMPAS

Kuala Selangor, 30 Jun 2024 - Kegiatan Geng Ayie yang aktif menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan jalan laut tumpas menerusi operasi di pesisir pantai di sini pada Sabtu.
Op Pintas kira-kira jam 11 malam itu dijalankan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama Pasukan Polis Marin.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, operasi ini berjaya menahan 25 migran warga Indonesia berusia lingkungan 15 hingga 56 tahun termasuk lima wanita.
Menurutnya, siasatan mendapati PATI ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia.
"Polis juga menahan tiga lelaki Indonesia berusia 37 hingga 55 tahun berperanan sebagai tekong bot dan pembantu tekong.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../geng-ayie-seludup-pati...

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS