Masyarakat dinasihatkan agar tidak melayan sebarang mesej meragukan dan memuat turun mana-mana pautan menggunakan fail .APK yang mencurigakan di media sosial.
Antara taktik yang dilakukan oleh “scammer” bagi memperdaya mangsa adalah menerusi hantaran jemputan majlis perkahwinan dan penipuan parcel yang disebar melalui media sosial. Mereka akan mengawal telefon bimbit anda selain membuat pemindahan wang secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi palsu tersebut tanpa anda sedari.
Hubungi Pusat Response Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 jika menjadi mangsa penipuan.