Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: RM1.91 BILION ‘HANGUS’ DIPERDAYA SINDIKET DALAM TALIAN

Petaling Jaya, 8 Julai 2024 - Kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM1.91 bilion dalam tempoh 18 bulan.

la membabitkan 50,084 kes iaitu 34,495 kes pada 2023 manakala 15,589 kes lagi untuk tempoh enam bulan tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jenayah telekomunikasi mencatatkan jumlah kes paling banyak bagi tempoh kedua-dua tahun iaitu 16,777 kes.

la melibatkan 10,346 kes pada 2023 dan 6,428 kes sejak Januari hingga Jun lalu.

Katanya, dalam tempoh terbabit, sebanyak RM550 juta kerugian dicatatkan untuk kes terbabit.

“Jenayah e-dagang merekodkan sebanyak 15,099 kes dengan kerugian kira-kira RM236.45 juta.

“Dalam tempoh tersebut, nilai kerugian paling tinggi direkodkan berkaitan pelaburan tidak wujud iaitu RM817.17 juta membabitkan 8,085 kes,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS