Menu

TAN SRI RAZARUDIN PENGERUSIKAN MESYUARAT JTK INDUK PDRM BILANGAN 2 TAHUN 2024

 
Kuala Lumpur, 9 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Induk Polis Diraja Malaysia Bilangan 2 bagi tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini.

Antara intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai maklum balas daripada JTK di peringkat Jabatan dan Kontinjen.

Dalam majlis sama, Tan Sri Razarudin turut ditaklimatkan berkaitan pengenalan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 dan taklimat laporan suku kedua tahun 2024 bagi Pelaksanaan Insiatif Pelan Antirasuah PDRM (PAPDRM) 2020-2024.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Abidin.

May be an image of 8 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 2 people and text

\ May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people and text
\
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS