Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: KICAUAN RM200,000, HARGA SPESIS BURUNG DILINDUNGI SEPERTI MURAI BATU DIJUAL DI PASARAN GELAP

Kuala Lumpur, 14 Julai 2024 - Ada yang menganggap harganya tidak masuk akal. Namun wujud spesies burung tempatan mempunyai nilai lebih tinggi berbanding emas 916.

Difahamkan spesies burung murai batu seberat 30 gram (g) yang mempunyai kelunakan suara emas boleh dijual di pasaran gelap mencecah harga antara RM100,000 hingga RM200,000 seekor.

Harga luar biasa ditawarkan ini jauh lebih tinggi berbanding emas 916 bernilai RM10,110 bagi jumlah berat sama (30 gram).

Selain itu, siasatan dan risikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia turut mendapati spesies burung lain seperti bayan puling, burung daun, burung merbah jambul, burung merbah luris leher dan burung murai gajah boleh dijual mencecah harga sehingga RM20,000 seekor.

Susulan itu PERHILITAN melalui pasukan khas Wildlife Crime Unit (WCU) digerakkan bagi memburu ‘kaki' sindiket ini.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya, dalam operasi pertama pada jam 4 petang, Rabu lalu, sepasukan pegawai WCU PERHILITAN diketuai Celescoriano Razond serta enam anggota Pasukan Gerakan Am PDRM melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras Kajang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of hornbill and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS