Menu

DATO’ SRI MOHD YUSRI FIGURA UTK KINI PENGARAH JSPT KE-6 DALAM SEJARAH PASUKAN

Kuala Lumpur, 15 Julai 2024 - Bekas Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri kini diamanahkan mengetuai Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ke-6 dalam lipatan sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai Kanan Polis yang sentiasa segak mengenakan beret ‘marron’ Unit Tindakhas (UTK) muncul satu-satunya individu lama berkhidmat dalam Pasukan Gerakan Khas disematkan pangkat Komisioner Polis Pengarah PDRM oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dalam satu majlis, di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, pagi tadi.

Anak jati Kampar, Perak itu pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Pasukan, antaranya Pegawai D9A Jenayah Berat di Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang, Ketua Unit Gempur UTK Bukit Aman, Pegawai Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Juruiring kepada Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Polis Pahang, beberapa tahun lalu.

Tan Sri Razarudin berkata, beliau percaya dengan pengalaman dan pengetahuan luas dimiliki Dato’ Sri Mohd Yusri mampu memacu JSPT ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang serta berintegriti tinggi.

“Pucuk pimpinan Pasukan meletakkan harapan yang tinggi kepada Pengarah JSPT untuk memastikan Jabatan ini sentiasa berada pada landasan yang betul serta mengekalkan momentum pencapaian yang cemerlang”, ujar beliau dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSPT, di sini.

Pada majlis itu, Dato’ Sri Mohd Yusri menerima tugas Pengarah daripada Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman yang memangku jawatan tersebut sejak 8 April lalu, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar, sambil disaksikan Tan Sri Razarudin.

Turut hadir tadi, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman bersama Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, barisan Pengarah PDRM dan ahli-ahli PERKEP.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 10 people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS