Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HAD LAJU DI KAWASAN SEKOLAH 30 KM/J

Kuala Lumpur, 16 Julai 2024 - Had kelajuan di kawasan sekolah perlu diturunkan kepada 30 kilometer sejam (km/j) berbanding 40 km/j sebelum ini bagi meningkatkan tahap keselamatan murid dan pelajar, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR)yang dipengerusikan oleh beliau semalam.

Menurutnya, secara purata sebanyak 67 kematian direkodkan setiap tahun akibat kemalangan di kawasan sekolah.

"Menerusi statistik yang dikeluarkan oleh Poiis Diraja Malaysia, kemalangan di sekolah pada tahun 2023 membabitkan 322 kes kecederaan termasuk kematian.

"Saya juga berharap Kementerian Pendidikan mewujudkan kerjasama antara sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk membina bonggol bagi mengurangkan kelajuan kenderaan supaya pelaksanaan 30 km/j lebih berkesan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKMKKJR di Kuala Lumpur Command Control Centre, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS