Menu

ARTIKEL PILIHAN: TIDAK PERLU TUNGGU 24 JAM UNTUK LAPOR KES ORANG HILANG - KPN

Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.

Menurutnya, dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.
"Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

"Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis.

Bacaan lanjut menerusi seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../tidak-perlu-tunggu-24...

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS