Menu

VIDEO PILIHAN: KPN DAN KEPIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIR MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman serta kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 yang bakal berlangsung pada 20 Julai ini, di Masjid Negara, Kuala Lumpur, di sini, pada 18 Julai 2024.
Berangkat bercemar duli ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Majlis berkenaan adalah acara pertama daripada tujuh acara sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsiaOfficial

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS