Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penganugerahan Beret Kehormat UTK kepada Dato' Sri Kamarudin yang disampaikan oleh Komander UTK, SAC Ahmad Jefferi Abdullah.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Khas) Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi serta Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Zaidy Che Hassan.