Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution sekitar jam 8.30 pagi tadi telah disambut oleh Ketua Pengarah
JIM, Dato’ Ruslin Jusoh sebelum beliau menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan yang dipimpin oleh Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Hafiz Safwan Anuar selaku pegawai Pemerintah Baris.
Majlis yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara dengan bertemakan “Imigresen Perkasa Di Persada Dunia” menjadi intipati amanat MDN sebelum menyampaikan Pingat Setia Berjasa dan Pingat Setia Perkasa kepada tiga warga kerja JIM atas dedikasi dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di dalam agensi penguatkuasa tersebut.
Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan tayangan montaj pencapaian JIM sebelum persembahan Pasukan Pancaragam Setia Perwira dan persembahan pantomim khas gabungan Pasukan Taktikal Khas dan Pasukan Kawalan Khas dalam simulasi menangani krisis tahanan melarikan diri dari depot.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU)
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, barisan timbalan KSU KDN, ketua-ketua agensi dan jabatan di bawah KDN dan pegawai kanan JIM.