Menu

VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN MERIAHKAN SAMBUTAN HARI IMIGRESEN 2024

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Putrajaya.

Majlis yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara dengan bertemakan “Imigresen Perkasa Di Persada Dunia” menjadi intipati amanat MDN sebelum menyampaikan Pingat Setia Berjasa dan Pingat Setia Perkasa kepada tiga warga kerja JIM atas dedikasi dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di dalam agensi penguatkuasa tersebut.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsia

Pautan Video:

https://youtu.be/O3TVjXGjCq4
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS