Kuantan, 24 Julai 2024 - Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.
Ia merupakan lawatan kerja sulung beliau sejak menerajui JSPT selain turut mengadakan perjumpaan bersama warga JSPT di kontinjen
berkenaan.
Hadir sama, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Rahmat Ariffin dan Ketua JSPT Kontinjen Pahang, Superintendan Brodie Ak Brangka.