Kota Kinabalu, 25 Julai 2024 - Sepuluh individu termasuk dua pengurus bank yang dikaitkan dengan pengeluaran RM24.2 juta wang deposit tetap sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Dua pengurus bank Iren Chin Nyuk Thein, 38, dan Christina @ Caroline Pianus, 53, dituduh atas kesalahan menjadi ahli kumpulan
jenayah terancangan yang diketuai oleh Josepin J. Langkan, 38.
Turut dituduh Mazlani Jenuary, 53; Hasran Magin, 46; Leong Hin Ping, 62; T. Subramaniam, 56; Sugumaran K. Ponniah @ Mohd Daniel Abdullah, 56; Vireonis Jonok, 35; Nasir Abdul Rashid, 60.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 April dan 10 Julai lepas di cawangan MBSB Bank Berhad (MBSM Bank) di sini.
Pertuduhan dibuat di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minima lima tahun hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.