Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN RASMI MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN KAWAD TANPA PERINTAH DI PULAPOL AIR HITAM

Jempol, 27 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Tanpa Perintah Peringkat Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Piala Pengarah Pengurusan Tahun 2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan, semalam.

Ketibaan beliau di pekarangan dataran kawad telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yusof dengan diiringi Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Sulaiman Hussain.
Pertandingan yang julung kali diadakan itu berlangsung selama dua hari bermula dari 25 Julai lalu dengan penglibatan sembilan institusi latihan PDRM sebelum empat daripadanya telah terpilih ke peringkat akhir.

Kemuncak majlis menyaksikan PULAPOL Air Hitam telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kawad Tanpa Perintah Peringkat Institusi Latihan PDRM, Piala Pengarah Pengurusan Tahun 2024 disusuli PULAPOL Kuala Lumpur dan PULAPOL Segamat dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Hadir sama, Timbalan KP Negeri Sembilan, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar, barisan Komandan dan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS