Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan dan seluruh pacal Polis Diraja Malaysia merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya sempena memuliakan Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah
Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada hari ini, 30 Julai 2024 (Selasa) bersamaan 24 Muharam 1446 Hijrah.
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan.