Menu

SAC DATO’ KAMARUZAMAN SEBAGAI SUPM YANG BAHARU

 
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2024 - Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah hari ini dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu.

Dato’ Kamaruzaman menggantikan DCP Alzafny Ahmad yang akan bertukar sebagai Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan SUPM diadakan di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara (KPN) pagi tadi dengan disaksikan sendiri oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Hadir sama ialah Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim dan Ketua-ketua Bahagian Urus Setia KPN Bukit Aman.

Sebagai rekod, DCP Alzafny memulakan tugas beliau sebagai SUPM di pejabat KPN pada 21 September tahun lalu menggantikan Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin yang bersara wajib.

DCP Alzafny dalam ucapan pada majlis tadi turut menyatakan rasa bangga atas kerjasama yang dicurahkan sepanjang beliau berada di Bukit Aman.

Bagi pihak seluruh warga Pasukan, mengucapkan terima kasih kepada DCP Alzafny atas khidmat yang diberikan dan selamat bertugas kepada Dato’ Kamaruzaman.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 13 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS