Menu

[ARTIKEL PILIHAN] SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM: BAPA ALLAHYARHAM KOPERAL AHMAD AZZA SERAH WANG SUMBANGAN BINA SURAU

Tapah, 7 Ogos 2024 - Ibu bapa Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar akan menyerahkan sumbangan oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) bagi kelengkapan surau baharu yang bakal dibina di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, di sini.

Bapa Allahyarham Koperal Ahmad Azza, Encik Azhar Khaiden, terharu atas keprihatinan persatuan itu yang menyumbang RM13,000 kepada pihak keluarganya, hari ini, susulan insiden Balai Polis Ulu Tiram, Johor diserang Mei lalu.

Encik Azhar, 54, berkata dia dan isteri, Puan Norhaliza Awalludin, 49, berhasrat untuk memanfaatkan wang sumbangan itu bagi kelengkapan surau baharu yang bakal dibina di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, di sini.

Beliau berkata, pembinaan surau yang bakal mengabadikan nama Allahyarham sudah diluluskan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Hj. Saarani Mohamad ketika menziarahi ahli keluarga itu pada Mei lalu.

"Berdasarkan maklumat yang saya peroleh, pihak pegawai Pejabat Menteri Besar sudah turun ke kampung untuk urusan 'hitam putih' bersama pihak pimpinan kampung pada minggu lepas dan mereka maklumkan bahawa surau itu akan mula dibina September ini.

"Duit sumbangan yang diberikan oleh RESPA ini, kami sekeluarga bersetuju untuk melengkapkan apa-apa keperluan untuk surau itu nanti, insya-Allah," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, di sini, hari ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri Presiden RESPA, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin dan turut dihadiri, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.

"Walau mereka (RESPA) sudah bersara, namun jelas terdetik di dalam diri tentang perjuangan Sang Saka Biru yang kuat berkobar dalam tubuh badan mereka," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../serangan-balai-polis-ulu...?

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS