Johor Bahru, 9 Ogos 2024 - Satu sindiket pembungkusan dan pengedaran dadah yang aktif sejak Jun lalu tumpas selepas dua lelaki ditahan bersama dadah pelbagai jenis dadah seberat lebih 20 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM3.44 juta.
Ketua
Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, hasil maklumat dan risikan, polis menahan suspek pertama iaitu lelaki berusia 33 tahun kira-kira pukul 9 pagi di tepi Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini, Sabtu lalu.
Katanya, pemeriksaan ke atasnya menemukan sejumlah jenis dadah sebelum berjaya membongkar aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan.
“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menjadikan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta di sebuah apartmen sebagai tempat simpan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
“Hasil pemeriksaan, dadah yang dirampas itu dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, jus minuman, pil dan juga jeli yang telah dicampur dengan Ekstasi.
“Ini adalah yang pertama dikesan di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar
Kosmo.