Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] TAKLUK: LAHAD DATU DIINSPIRASI KISAH BENAR

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2024 – Pengarah filem Takluk: Lahad Datu, Zulkarnain Azhar menegaskan hanya menjadikan peristiwa di Lahad Datu sebagai inspirasi tanpa mengaitkan mana-mana pihak.

Ini bagi memastikan filem yang dibintangi Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat dan Mustaqim Bahadon itu bebas daripada kontroversi dan masalah lain di masa hadapan.

Menurut Zulkarnain, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri turut memantau penghasilan filem berkenaan dan meletakkan beberapa syarat.

“Kita tidak buat ikut bahasa tertentu atau paparkan nama sebenar pengganas kerana tidak mahu menggores perasaan atau menimbulkan kemarahan mereka sehingga mencetuskan kontroversi.

“Antara perkara yang diingatkan adalah tiada satu pun bendera Sabah, sebarang bahasa negeri itu mahupun nama sebenar pihak musuh digunakan sepanjang pembikinan filem.

“Jadi kita hanya jadikan inspirasi daripada situasi berlaku, watak dan nama difiksyenkan, cuma gambaran situasi itu saja kami ikut gambaran sebenar," katanya.

Zulkarnain berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Takluk: Lahad Datu di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur pada Khamis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎2 people and ‎text that says '‎Oleh AQMAR MUSTAZA engarah filem Lahad Datu, Zulkarnain kan FMT Hib&Hits Takluk: Lahad Datu PDRM, KDN diinspirasi kisah benar pantau penghasilan, tanda penghargaan buat semua wira yang elak ngbarjuargmemperahankanegara mengagungkantir tindak- kontroversi mahu nenghargai pe- ngorbanan PDRM pengganas engaitkan Datu tanpa ا dibintangi Manan, Mustagim pada ini bahasat atau dar Sabah ser- sekitar Selangor. mereka sehingga men- ZULKARNAIN adalah amailie belancaran Antarababal babak dalam Ta6 nenarik Reu Lahad Datu, Takluk: Tambsh Kuala ebelum meng- Movie utama hasilan Takluk: Lahad Datu adalah sebagai Filem L belakang membabitkan belaka pelakon birdan tambahan amal‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS