Kuala Lumpur, 10 Ogos 2024- Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir Mesyuarat Pembentangan Status Kemajuan Body Worn Camera (BWC) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JPJKK Bukit Aman semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK, DCP Dato' Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, JPJKK, SAC Imran Abd Rahman dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Darat, JPJKK, ACP Che Haniza Che Senapi.