Menu

ARTIKEL PILIHAN: SINDIKET E-WASTE BEROPERASI DALAM HUTAN, LEBUR SISA ELEKTRONIK WAKTU MALAM

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024 - Seorang individu bergelar Datuk antara 55 yang ditahan dengan tindakan sitaan bernilai RM43.19 juta hasil serbuan terhadap sindiket memproses sisa elektronik (e-waste) haram pada 5 Ogos lalu.

Serbuan itu dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia terhadap tujuh kilang e-waste di empat negeri.

Lokasi serbuan dijalankan di Salong, Pekan dan Bukit Ibam di Pahang, Kuang, Rawang dan Bukit Tagar di Selangor, Rembau dan Gemencheh, Negeri Sembilan dan Simpang Renggam, Johor.

Ketua AMLA Bukit Aman, CP Dato’ Muhammed Hasbullah Ali berkata tangkapan Op E-Waste membabitkan 10 warga tempatan dan 45 warga asing berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun.

Warga tempatan ini dipercayai berperanan sebagai pemilik tanah, penyelaras serta koordinator yang mengambil untung atas sewaan premis kilang dengan nilai puluhan ribu ringgit.

Bacaan lanjut seperti di pautan,

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS