Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 12 Ogos 2024 (Isnin).
Sebanyak 1,832 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat kenaikan sebanyak 251 kes kemalangan dan penurunan sebanyak sembilan kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.