Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether KERATAN AKHBAR PILIHAN: WASPADA JIKA PENYEWA BAYAR SEWA SEKALI GUS

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2024 - Pemilik premis perlu mengambil tahu serta mengenali penyewa untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan terhadap premis sewaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pemilik premis perlu mengambil berat premis mereka mengelakkan sebarang bentuk salah guna.

“Dalam isu perlombongan bitcoin haram yang mensasarkan premis sewaan sebagai pusat operasi, pemilik perlu bertanggungjawab dan perlu melakukan pemeriksaan rutin.

“Dia (pemilik) kena tahu siapa yang menyewa, perlu jenguk untuk melihat keadaan semasa.

“Tindakan membiarkan premis kepada penyewa akan mendedahkan dengan pelbagai masalah termasuk premis itu dijadikan pusat perlombongan haram,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS