Menu

TIMBALAN. KPN SAMPAIKAN CERAMAH KESELAMATAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-67 TAHUN 2024

 
Kuantan, 19 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini diundang sebagai salah seorang panel penceramah dalam Majlis Pelancaran dan Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-67 Tahun 2024 di Dewan Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang, Pahang, di sini.

Ceramah yang bertajuk “Jiwa Merdeka: Keselamatan Negara Sebagai Maruah Negara Merdeka” itu telah disampaikan di hadapan 2,000 peserta yang terdiri daripada barisan pengurusan tertinggi UMPSA, warga agensi kerajaan negeri, institusi pendidikan tinggi dan sekolah serta penuntut UMPSA.

Antara intipati ceramah yang disampaikan adalah berkenaan situasi keselamatan negara pada masa kini, gejala rasuah, peranan mahasiswa dalam usaha menjaga keselamatan dan keamanan negara selain usaha-usaha yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa dalam menangani isu-isu jenayah.

Dalam program yang sama, beliau turut diberi penghormatan untuk menyampaikan Jalur Gemilang kepada barisan Ketua Jabatan UMPSA dengan diiringi Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin bersama Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Penganjuran program ini bertujuan menyuburkan semangat patriotisme dan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan warganya sempena menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 8 people, dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS