Menu

VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIR FORUM PERDANA EHWAL ISLAM DI MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay diundang sebagai panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam Edisi Khas Merdeka yang diadakan di Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya, Selangor.

Forum yang menyentuh tajuk "Perjuangan Selepas Merdeka" itu turut menampilkan Timbalan Mufti Pahang, Sahibus Samahah Dato' Hj. Badli Shah Alauddin sebagai panel dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Mohd Azlan Jaafar sebagai moderator.

Pengisian forum menyentuh kepentingan menyemai semangat kemerdekaan dalam kalangan anak muda dan peranan pihak berkuasa untuk mempertahankan prinsip rukun negara.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS