Menu

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2024: RAPTAI PENUH KONTINJEN PDRM BERLANGSUNG DI PULAPOL KL

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2024 - Raptai penuh detasemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 berlangsung di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL), di sini, pagi tadi.

Pratonton raptai detasemen PDRM tadi dihadiri oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail serta Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi.

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat kebangsaan bakal berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos depan dengan detasemen PDRM menghantar kekuatan 1,173 pegawai kanan, anggota polis dan aset Pasukan yang diketuai oleh Superintenden Koordinasi (Dasar/Teknikal) Maklumat Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintenden Noor Azwan Mohamed.

Selain detasemen yang memperagakan pelbagai uniform dalam jabatan PDRM, aset-aset terbaharu dan sedia ada milik Pasukan turut dipamerkan. Antara yang bakal mencuri perhatian ialah jentera Command Vechicle milik Pasukan Simpanan Persekutuan, Trak Actross Prime Mover with Flat Bed Trailer Complete with DOK-ING Robotic Vehicle milik Unit Pemusnah Bom/Chemical Biological Radiation Nuclear Explosive (CBRNE), Jabatan Logistik dan Teknologi, Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Honda Civic 1.5 FE TC dan Honda City 1.5 milik Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti serta Jet Ski Sea-Doo RXT 215 Supercharged milik Pasukan Pasukan Polis Marin.

Berucap ketika mengulas sesi akhir raptai tadi, Dato’ Sri Azmi berharap agar semua detasemen PDRM dapat mempamerkan mutu persembahan yang cemerlang di hadapan tetamu utama negara nanti, Kebawah Duli Yang Maha (KDYMM) Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menitipkan nasihat agar sentiasa mempamerkan mutu disiplin yang tinggi sebagai anggota pasukan keselamatan utama negara.

Justeru, beliau berharap agar jawatankuasa kerja yang terlibat perlu memainkan peranan penting dalam memastikan persediaan dan persiapan detasemen perbarisan ditahap yang terbaik.

Yang turut hadir, Komandan PULAPOL KL, DCP Alzafny Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan Ketua Penolong Pengarah PGA, Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Shaiful Azmi Hussein Omar.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.
May be an image of 2 people and crowd

May be an image of 3 people

May be an image of 11 people and text

May be an image of 6 people, jet ski and text

May be an image of 5 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS