Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 25 Ogos 2024 (Ahad).
Sebanyak 1,343 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 543 kes kemalangan dan tiga kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
