Menu

ARTIKEL PILIHAN: KDNKA TERIMA PERUNTUKAN RM45 JUTA UNTUK NAIK TARAF, BAIKI KEMUDAHAN

Semenyih, 27 Ogos 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima peruntukan berjumlah RM45 juta daripada Kementerian Dalam Negeri pada tahun lepas bagi tujuan penyelenggaraan dan perolehan kelengkapan kemudahan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM14.4 juta telah diamanahkan kepada Briged Tengah PGA untuk melaksanakan projek berkenaan.

Beliau berkata Batalion 4 PGA pula telah membelanjakan sebanyak RM6.89 juta bagi melakukan 21 projek pembaikan dan menaik taraf 16 pos kawalan di sepanjang persisir pantai di Selangor.

"Ini merupakan usaha berterusan Polis Diraja Malaysia dalam mempertingkatkan infrastruktur ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa dan kondusif kepada warga kerja di Batalion 4 PGA," katanya ketika berucap merasmikan Markas Batalion 4 PGA di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

KDNKA Terima Peruntukan RM45 Juta Untuk Naik Taraf, Baiki Kemudahan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS