Menu

POSTING PILIHAN: KES PENIPUAN 'DEEPFAKE' AKIBATKAN KERUGIAN RM2.72 JUTA

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2024 - Jika sebelum ini taktik penipuan 'deepfake' sering dikaitkan dengan penghantaran mesej daripada orang yang kononnya dikenali, kini ianya semakin berevolusi.

Selepas taktik penghantaran mesej kini ianya menggunakan suara yang mirip kepada kenalan mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penyamaran sebagai rakan adalah rekod penipuan yang banyak dikesan pada masa ini.

"Berdasarkan rekod, sejak Januari lalu, sejumlah 454 kes sebegini membabitkan kerugian mencecah RM2.72 juta telah disiasat.

"Lazimnya taktik penipuan yang digunakan adalah penghantaran mesej WhatsApp dengan menyamar sebagai kenalan mangsa yang mendakwa sedang ditimpa masalah dan ingin meminjam wang dari mangsa.

"Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akuan tertentu yang juga akaun keldai," katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS