Menu

[ARTIKEL PILIHAN] KES PEMERDAGANGAN ORANG LIBAT AHLI POLITIK: POLIS KESAN LELAKI BERGELAR DATUK SERI

Kuala Lumpur, 1 September 2024 - Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut mengaitkan pembabitan seorang ahli politik dan suaminya.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada tiga individu termasuk ahli politik itu dan suaminya.
“Kita sedang kesan seorang lagi individu untuk dirakam percakapan selain turut memanggil tiga penulis artikel dalam kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS