Menu

HARI KEBANGSAAN 2024: DETASEMEN SANG SAKA BIRU PAMER AKSI GAH SEMPENA PERARAKAN SEGMEN KESELAMATAN NEGARA

 
Putrajaya, 31 Ogos 2024 - Segak dan gah detasemen Sang Saka Biru sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang utama negara dalam segmen perbarisan pasukan keselamatan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang diadakan di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggotai seramai 1,173 telah diketuai sendiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain buat kali ke-3 yang menunggang kudanya 'Mickey' daripada baka Warmblood.

Turut bersama Tan Sri Razarudin dalam perbarisan melintasi pentas utama tadi ialah, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan barisan komander formasi di bawah Jabatan KDNKA dan Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, SAC Mohd Zaid Hassan serta diringi Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang terdiri daripada 30 ekor kuda jenis Arabian, Warmblood, Polo dan banyak lagi.

Detasemen PDRM yang melepasi pentas hormat dengan gah sekali telah diiringi Unit Pancaragam Pusat PDRM dan Unit Pancaragam IPK Kedah sekali gus membangkitkan semangat peserta untuk mempamerkan komitmen dan mutu persembahan terbaik di hadapan tetamu utama negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofea.

Turut mencuri perhatian pengunjung apabila diumumkan pergerakan masuk secara taktikal dari operatif 69 Komando dan Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas, PDRM termasuk Unit Tiger Platoon, PGA dengan mempersembahkan demo serbuan ke atas pihak musuh sebelum membentuk formasi angka ‘67’ sebagai simbolik sambutan hari kebangsaan kali ini.

Dalam perbarisan pagi tadi, PDRM buat pertama kali telah menampilkan sebuah unit sistem robotik berat MVF-5 Dok-ing yang merupakan aset terbaharu PDRM di samping persembahan pelbagai aset daripada 10 jabatan antaranya Unit Kereta Peronda, Unit Pemusnah Bom/Chemical Biological Radioactive Nuclear Explosive (CBRNE), PSP, PGA dan PPM serta Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik yang diketuai oleh pengarahnya, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Terdahulu, wira insiden tembakan di BALAI POLIS ULU TIRAM, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa telah diberi penghormatan untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara yang turut disertai 66 pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan juga helikopter jenis Agusta Westland 139 milik Pasukan Gerakan Udara, PDRM mengambil bahagian dalam segmen keselamatan untuk beraksi di ruang udara sejurus persembahan pesawat dan jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Hadir sama menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 adalah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, barisan menteri kabinet, Pengerusi Persatuan Keluarga Malaysia (PERKEP), Puan Sri Datuk Zainah Othman, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, barisan pengarah PDRM serta Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa.

Turut mengambil bahagian dalam sambutan pada hari bersejarah ini, beberapa pegawai kanan PDRM dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) yang bersiaran secara langsung menerusi kaca televisyen dan ruang udara siaran Radio Televisyen Malaysia bagi segmen wawancara iaitu DSP Komunikasi dan Pemantauan Media, DSP Mohd Firdaus Ramli, ASP Penerbitan, ASP S. Vishvamalar A. Sirosagee (Minnalfm), ASP Pembangunan Komunikasi Korporat, ASP Norhafizah Mohamad Yusak (NASIONALfm), Inspektor Analisis, Inspektor Muhd Adil Ja’afar (TV Okey), dan Inspektor Pemantauan Media, Inspektor Mohammad Ehsan Zolkifly (TRAXXfm) serta Inspektor Pemulihan dan Penilaian Tahanan, Bahagian Jenayah Terancang D14, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Inspektor Lee Eng Chiat (AiFM).

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.May be an image of 3 people, horse and text

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 4 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS