Kuala Lumpur, 3 September 2024 - Siasatan berhubung dakwaan pembabitan bekas timbalan menteri dengan sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di Myanmar, kini tertumpu kepada semakan transaksi kewangan beberapa individu yang dikaitkan kes itu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, untuk itu pihaknya mendapatkan kerjasama
Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapatkan maklumat transaksi membabitkan kemasukan dan pengeluaran wang daripada syarikat atau akaun persendirian yang disyaki berkaitan kes itu.
"Kita (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada BNM mengenai semakan transaksi wang membabitkan beberapa individu dan ia memerlukan masa untuk mendapatkannya.
"Semakan itu akan menumpukan kepada aliran transaksi yang berlaku di Myanmar membabitkan individu tertentu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, beliau mengesahkan polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk ahli politik dan suaminya berhubung kes yang didakwa mempunyai kaitan dengan pasangan berkenaan.
Bacaan lanjut seperti di pautan,