Menu

ARTIKEL PILIHAN: 1,869 PEGAWAI DAN ANGGOTA DIKENAKAN TINDAKAN, TIADA KOMPROMI KES SALAH LAKU - TIMBALAN KPN

Bangi, 7 September 2024 - Sebanyak 1,869 pegawai dan anggota dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak tahun lepas hingga Ogos, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 175 pegawai dan anggota telah dikenakan tindakan buang kerja kerana kesalahan seperti pemerasan, penyalahgunaan dadah dan terbabit dengan sindiket.
“Kita sentiasa memantau penglibatan pegawai serta anggota yang ada kaitan dengan aktiviti salah laku sebagai langkah pemerkasaan dan pematuhan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tindakan ini konsisten serta berterusan sebagai pelan intervensi jangka pendek dan panjang dalam menangani salah laku membabitkan warga PDRM,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam ke-20 di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS