Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena
Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bagi sesi kedua di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran 'Dato'' kepada 11 penerima termasuk Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi)
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato' Fadil Marsus.