Seremban, 20 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menziarahi jenazah Penolong Pengarah (E9), Cawangan Khas Bukit Aman, Allahyarham SAC Misnon Abu, pagi tadi.
Dato' Sri Ayob Khan berkesempatan menziarahi jenazah dan menzahirkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Garden City Homes. Beliau kemudiannya ke Masjid Hussain, Seremban 2
untuk bersama-sama para tetamu yang hadir melakukan solat jenazah sebelum Allahyarham SAC Misnon dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale, di sini.
Allahyarham SAC Misnon berusia 58 tahun meninggal dunia kira-kira jam 1.10 petang semalam di Hospital Tunku Jaafar akibat kegagalan buah pinggang.
Turut berkelapangan menziarahi jenazah Allahyarham SAC Misnon, iaitu bekas KPN, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dan Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, bekas Ketua Polis (KP)
Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun serta bekas KP
Negeri Sembilan, Dato’ Ruslan Khalid.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Pemangku Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, KP Kuala Lumpur (
KL), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, KP Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Salmi Yaacob dan Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.