Tindakan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir ke Pusat Pemindahan Sementara pada 17 September lalu jelas membuktikan 'Polis Sedia Berkhidmat'!.
Usaha tersebut bukan sahaja tertumpu kepada menyelamatkan mangsa banjir semata, namun warga Sang Saka Biru terlibat turut memastikan keselamatan harta benda awam terjaga dari ancaman jenayah pecah rumah dan sebagainya.
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".