Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 280 PREMIS GISBH DIGEMPUR - KPN

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 280 PREMIS GISBH DIGEMPUR - KPN

Kuala Lumpur, 24 September 2024- Sebanyak 280 premis berkaitan syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) diserbu di seluruh negara menerusi fasa empat Op Global sejak Sabtu lalu.
Pemeriksaan mendapati sebanyak 59 premis mempunyai penghuni, manakala 221 premis lagi kosong selepas ahlinya dipercayai melarikan diri.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 156 orang terdiri daripada 80 lelaki dan 76 wanita ditangkap, manakala 187 mangsa diselamatkan. Mengikut pecahan, mereka berusia 18 hingga 30 tahun yang ditahan seramai 55 orang, 31 hingga 50 tahun (53), 50 hingga 65 tahun (32) dan 65 tahun ke atas (16).
“Polis menyelamatkan 187 mangsa iaitu 100 lelaki dan 87 perempuan melibatkan kanak-kanak bawah lima tahun seramai 59 orang, enam hingga 12 tahun (75), 13 hingga 17 tahun (40) dan 18 tahun ke atas (13)," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.
Menerusi operasi sama, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merampas 455 unit naskhah, risalah dan logo, telefon bimbit (90), komputer (16), haiwan (26), kenderaan (13) dan wang tunai (RM904).
Tindakan pembekuan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).
"Jumlah terkini keseluruhan pembekuan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA melibatkan 153 akaun dengan pecahan 138 akaun berjumlah RM882.795.94, manakala 15 akaun ditutup.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo Online.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS