Lahad Datu, 25 September 2024 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meletakkan sasaran tiada lagi pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan atau “Kidnap For Ransom” (KFR) sebagai dua misi utamanya.
Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos menekankan perkara itu pada Majlis Perhimpunan ESSCOM bersempena pelancaran logo dan bendera ESSCOM serta peta Zon Selamat Sabah Timur
(ESSZONE) yang baharu.
Susulan itu, Victor berharap penjenamaan itu akan menyemarakkan lagi semangat seluruh warga ESSCOM dalam merealisasikan dua misi utama berkenaan seterusnya menjadikan ESEZONE sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.
“Justifikasi penjenamaan ESSCOM dan ESSZONE ini penting bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di ESSZONE bertujuan membangunkan sosioekonomi di pantai timur Sabah.
“Justeru, saya dengan rendah hati memohon kerjasama penuh dan bantuan daripada rakan media supaya membantu ESSCOM menguar-uarkan perkara ini dalam pemberitaan demi mencapai hasrat memajukan pantai timur Sabah,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.