Sungai Petani, 25 September 2024 - Polis Kedah meminta orang ramai menular menerusi media sosial apa juga gambar jenis kenderaan yang diubah suai, bagi membantu pihak berkuasa mengekang kegiatan lumba haram dan samseng jalanan di negeri ini.
Ketua
Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, berkata masalah lumba haram dan rempit sudah lama berlaku dan ia memerlukan pembabitan semua pihak untuk
membendungnya.
“Saya nak warga Kedah, sila ambil gambar jika nampak kenderaan, sama ada kereta atau motosikal, malah basikal juga.
“Sekiranya ada motosikal yang diubah suai itu dan tidak mengikut spesifikasi, tayar sotong, brek dibuang, karburator dinaik taraf untuk merempit, ambil gambar.. tularkan.
“Jika kenderaan ini berada di jalan raya, orang ramai boleh mengambil gambar dan tular lepas itu, polis akan mengesan sehingga ke rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pelupusan Barangan Kes Trafik dan Narkotik di Ibu Pejabat
Polis Daerah Kuala Muda, dekat sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.