Kluang, 25 September 2024 – Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh sebelum dibawa menandatangani buku pelawat di Balai Polis Kluang.
Lawatan tersebut bertujuan memantau tahap kesiapsiagaan para petugas sempena Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N.29 Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September depan.
Hadir sama, Timbalan KPD Kluang, DSP Nik Mohd Azmi Husain dan para pegawai kanan IPD Kluang.