Kuala Lumpur, 26 September 2024 - Jumlah kerugian akibat jenayah komersial bagi tempoh Januari hingga Ahad lalu mencecah RM1.78 bilion, peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kerugian tersebut adalah bersamaan dengan lebih RM6.6 juta sehari selama 266 hari.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, secara purata sebanyak 81 kes jenayah komersial dicatatkan sehari dalam tempoh itu.
“Setakat minggu ke-38 tahun ini, sejumlah 21,441 kes jenayah komersial telah direkodkan dengan nilai kerugian keseluruhan RM1,782,164,310,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Dato’ Sri Ramli berkata, secara perbandingan, jumlah kes yang direkodkan setakat ini menurun sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sejumlah 23,958 kes.