Menu

OP GLOBAL: DATO’ SRI AYOB KHAN IRING TIMBALAN MDN KE TAKLIMAT PERKEMBANGAN KES DI BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 27 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menyambut ketibaan Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah ke Taklimat Berkaitan Op Global Melibatkan Kes Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Bukit Aman, di sini.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar yang tiba bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman pada jam 3.30 petang, diberi taklimat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad serta Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Naim Lomak.

Taklimat turut diberikan berkaitan perkembangan siasatan dan pertuduhan kes, situasi semasa pengoperasian premis serta tindakan susulan yang turut melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Pendaftaran serta lain-lain.

Sehingga kini, seramai 373 individu telah ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan di seluruh negara kerana dipercayai terlibat dalam kes GISBH.

Manakala bagi pertuduhan terkini pula, seorang individu yang berkait dengan GISBH dituduh sebanyak tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Klang, susulan video tular penderaan terhadap kanak-kanak di salah sebuah rumah amal milik organisasi terbabit.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan PDRM RMP TV

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people, newsroom and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, newsroom and text

May be an image of 3 people

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 9 people, newsroom and text

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS