Kuala Lumpur, 28 September 2024 - Tidak gentar mendepani krisis di Penjara Pudu dan Penjara Pahang pada era 1980-an, malah pernah mengambil bahagian dalam operasi menyelamat ketika krisis tebusan Bangunan AIA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1975.
Itu antara kes berprofil tinggi berjaya ditangani Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sejak menyarung seragam Pasukan Sang Saka Biru pada 8 Jun 1959
selepas memulakan tugas sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis (Kadet ASP) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Kecemerlangannya dibuktikan selepas beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) keempat pada 8 Jun 1974 ketika berusia 35 tahun.
Pengarah Jabatan
Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim berkata, kepimpinan Allahyarham Tun Mohammed Hanif menjadi contoh kepada semua pegawai polis.
Menurutnya, Allahyarham mencurahkan segala jasa dan bakti terhadap Pasukan selain melakar banyak kejayaan besar dalam sejarah perkhidmatan Sang Saka Biru yang memberi impak keberhasilan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga hari ini.
"Setahun selepas memegang jawatan sebagai KPN, beliau telah mengasaskan unit anti pengganas elit yang dikenali sebagai Unit Tindakhas pada 1 Januari 1975.
"Unit ini adalah antara pertahanan barisan hadapan PDRM yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman keselamatan negara," katanya pada Majlis 'A Tribute to Tun Hanif Omar' di Maktab PDRM Cheras di sini baru-baru ini.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.