Bangi, 30 September 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay hadir sebagai salah seorang ahli panel dalam Bicara Alumni Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (
FTSM) Tersohor bersempena Sambutan 30 Tahun (FTSM) di Dewan Anjung Digital Smart Selangor, FTSM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Beliau yang merupakan Alumni bagi tahun 2001, bersama Ketua Pegawai Eksekutif
CyberSecurity Malaysia, Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin Abdul Wahab (Alumni 1999) dan Profesor Pusat Kajian Keselamatan Siber FTSM UKM, Profesor Dr. Zarina Shukur (Alumni 1995) mengupas tajuk "Peranan Universiti Bagi Membantu Kerajaan Dalam Mendidik Rakyat Kalis Serangan Siber".
Forum yang dikendalikan oleh moderator, Encik Mohd Nizam Hashim dari
Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM itu sebagai memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya serangan siber serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan situasi berkenaan.
Setiap ahli panel turut berkongsi pandangan dan langkah-langkah penyelesaian strategik dalam menangani isu tersebut berdasarkan bidang tugas dan kepakaran masing-masing.
Hadir sama Naib Canselor
UKM, Profesor Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Dekan FTSM UKM, Profesor Madya Ts. Dr. Dr. Nurhizam Safie Mohd Satar.