Menu

KPN DIKURNIA AHLI YANG KEHORMAT YANG PERTAMA (SERI PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN JASA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT SETIA (S.P.J.K.)

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain atas pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (S.P.J.K.) yang membawa gelaran “Dato”.

Tan Sri Razarudin dikurniakan S.P.J.K. dalam Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan, sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, yang berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS