Menu

[LTdL 2024] PERINGKAT LIMA: KUALA LUMPUR – MELAKA

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 - Peringkat 5 perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula dari Kuala Lumpur dan tamat di Melaka membabitkan jarak laluan sejauh 167.3 kilometer (km).
Di peringkat ini, para pelumba telah mengharungi tiga zon pendakian di Ampang (KM10.3), Bukit Hantu (KM23.0) serta Bukit Mantin (KM68.9), yang mana menguji ketahanan fizikal dan mental bagi menamatkan perlumbaan tersebut. Manakala di peringkat zon pecutan melibatkan tiga zon iaitu di Semenyih (KM45.5), Seremban (KM78.1) dan Rembau (KM100.3).
Bagi perlumbaan peringkat 6 yang berlangsung esok, para pelumba bakal melalui trek dari Batu Pahat dan tamat di Kulai, Johor sejauh 123.4km. Terdapat tiga zon pecutan yang memberi peluang kepada mereka untuk mencatat masa terbaik.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS