Kuala Lumpur, 6 Oktober 2024 -
PDRM FC optimis dapat menempatkan diri bersama pasukan kelompok atasan selepas melonjak ke tangga kelima Liga Super.
Pengendalinya, P. Maniam berkata, beliau mengambil alih 'The Cops' musim ini dengan misi membaiki kedudukan musim lalu iaitu tempat kelapan daripada 14 pasukan.
"Awal musim ini kami bermula perlahan, tetapi barisan pemain dan pihak pengurusan telah bekerja keras untuk meningkatkan prestasi pasukan.
“Saya lihat PDRM FC sudah semakin baik dan berjaya mengutip mata penting daripada pasukan gergasi, cuma kami keciciran mata ketika bertemu pasukan di tangga bawahan," katanya.
PDRM FC berjaya mengutip satu mata ketika seri 1-1 dengan Terengganu FC kelmarin.
Keputusan itu menyaksikan PDRM FC terus mencuri mata dari pasukan pilihan setelah berjaya mengalahkan
Perak, KL
City FC dan
Sabah selain mengikat
JOHOR Darul Ta‘zim sebelum ini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan
Kosmo.