Cheras, 4 Oktober 2024 – Seramai 24 bakal jemaah umrah yang terdiri daripada pegawai, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia diraikan dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di kediaman rasmi Ketua Polis Negara (KPN), di sini, pagi tadi.
Hadir mengimarahkan majlis tadi ialah KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri
merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.
Majlis yang dipimpin oleh Pegawai dari Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman, Ustaz Zahari Ab. Talib dimulakan dengan bacaan yasin secara berjemaah sebelum diakhiri dengan doa selamat.
Berucap ringkas dalam majlis tadi, Puan Sri Datuk Zainah sempat menitipkan doa agar kesemua jemaah diberi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci.
Hadir sama barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah (
Bahagian Agama & Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim, Komandan
Maktab PDRM KL, DCP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar, Komander Unit Tindakhas, SAC Ahmad Jeffri Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan barisan Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.