Ayer Keroh, 7 Oktober 2024 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga Pengerusi Kelab Badminton Seri Murni (KBSM), Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Abdul Rahman di Istana Melaka, Bukit Beruang, di sini.
Kunjungan hormat
tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan di atas penganjuran perlawanan persahabatan badminton diantara PERKEP Malaysia dan KBSM.
Dalam kunjungan tersebut, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah berharap perlawanan persahabatan badminton di antara PERKEP Malaysia dengan KBSM dapat diteruskan di masa akan datang untuk mengekalkan kerjasama yang lebih erat diantara kedua-dua persatuan.
Turut hadir, Pengerusi PERKEP Jabatan Logistik dan Teknologi, Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah, Datin Sri Ennie Salina Roseli, Naib Pengerusi PERKEP Melaka, Datin Shahida Salleh dan para pegawai kanan polis serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Melaka.